syurga cinta

luv my pic


Slideshow

27 February 2009

believe or not..Nabau....

Gambar yg ni macam tak benar je..yelah setahu saya air kwsn kapit tak macam ni..tp tak tahu la..hanya org yg "berkenaan" je tahu kesahihan crita ni...

Sibu, Selasa - Percaya atau tidak?. Ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian Sibu yang memantau keadaan banjir di hulu Batang Rajang disini baru-baru ini terserempak dengan satu makhluk ajaib dipercayai ular besar merenangi sungai terbabit. Bagi mengesahkan kesahihan apa yang ahli jawatankuasa itu lihat adalah ular besar yang sebenarnya, salah seorang daripada mereka menyerahkan gambarnya yang dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit pada 31 Januari lalu.
Gambar itu diambil sekitar jam 5.30 petang di sebatang anak sungai Baleh semasa mereka menaiki helikopter menuju ke hulu Batang Rajang dari sini bagi memantau keadaan banjir di sana. Menurut Chuat Radin, dalam bahasa Iban makhluk ajaib itu mereka kenali sebagai 'Nabau' dan ia kelihatan dengan jelas sekali semasa merenangi sebatang anak sungai Baleh.
Beliau menganggarkan ular besar itu sepanjang lebih 100 kaki dan sebesar tong 'drum' minyak dan semasa ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian merakamkan gambar berkenaan keadaan cuaca agak kelam sedikit dan berkabus.Sudah banyak kali mereka menaiki helikopter bagi urusan rasmi ke hulu Batang Rajang dan ini adalah kali pertama mereka terserempak dengan ular sebesar itu, katanya.Menurut Chuat, semasa merakam gambar terbabit, helikopter yang dinaiki terbang pada ketinggian kira-kira 1,000 kaki dan atas sebab itu gambarnya kabur sedikit.

Ular nabau memang wujud dalam lagenda orang iban. tapi itu lagenda sahaja. tapi apa yang dapat dipercayai ialah kalau lah ular itu memang wujud itu bermakna dunia dah nak kiamat. zaman paleolitik mungkin ada ular sebesar tong dram sebab para saintis ada bertemu dengan rangka ular itu di Columbia yang dijangka berusia 6 000 tahun.
Nabau wujud mengikut kepercayaan Iban.Itu tak dinafikan dalam tradisi masyarakat Iban dan masyarakat lain pun tak mempersoalkan kesahihannya.Tetapi dalam kes ini, berita ini sah tidak logik dan tidak benar kerana berdasarkan gambar yang diberi, kemungkinan besar ia bukan diambil di kawasan Balleh, sebaliknya di bumi Amazon.
Perlu ditegaskan disini bahawa kesahihan berita ini yang dipersoal (kononnya di Balleh) dan bukannya kesahihan kewujudan nabau.
Nak percaya atau tidak terpulang kpd anda...

ni baru yang betul2 punya. org kenyah sini yg tangkap.alah hubby saya tu ambil gambar je..besar betul ular tu..saya tak berani nak dekat w/pun ular tu dah mati.eeii..eeii..geli tengok...

2 comments: