syurga cinta

luv my pic


Slideshow

27 February 2009

believe or not..Nabau....

Gambar yg ni macam tak benar je..yelah setahu saya air kwsn kapit tak macam ni..tp tak tahu la..hanya org yg "berkenaan" je tahu kesahihan crita ni...

Sibu, Selasa - Percaya atau tidak?. Ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian Sibu yang memantau keadaan banjir di hulu Batang Rajang disini baru-baru ini terserempak dengan satu makhluk ajaib dipercayai ular besar merenangi sungai terbabit. Bagi mengesahkan kesahihan apa yang ahli jawatankuasa itu lihat adalah ular besar yang sebenarnya, salah seorang daripada mereka menyerahkan gambarnya yang dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit pada 31 Januari lalu.
Gambar itu diambil sekitar jam 5.30 petang di sebatang anak sungai Baleh semasa mereka menaiki helikopter menuju ke hulu Batang Rajang dari sini bagi memantau keadaan banjir di sana. Menurut Chuat Radin, dalam bahasa Iban makhluk ajaib itu mereka kenali sebagai 'Nabau' dan ia kelihatan dengan jelas sekali semasa merenangi sebatang anak sungai Baleh.
Beliau menganggarkan ular besar itu sepanjang lebih 100 kaki dan sebesar tong 'drum' minyak dan semasa ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian merakamkan gambar berkenaan keadaan cuaca agak kelam sedikit dan berkabus.Sudah banyak kali mereka menaiki helikopter bagi urusan rasmi ke hulu Batang Rajang dan ini adalah kali pertama mereka terserempak dengan ular sebesar itu, katanya.Menurut Chuat, semasa merakam gambar terbabit, helikopter yang dinaiki terbang pada ketinggian kira-kira 1,000 kaki dan atas sebab itu gambarnya kabur sedikit.

Ular nabau memang wujud dalam lagenda orang iban. tapi itu lagenda sahaja. tapi apa yang dapat dipercayai ialah kalau lah ular itu memang wujud itu bermakna dunia dah nak kiamat. zaman paleolitik mungkin ada ular sebesar tong dram sebab para saintis ada bertemu dengan rangka ular itu di Columbia yang dijangka berusia 6 000 tahun.
Nabau wujud mengikut kepercayaan Iban.Itu tak dinafikan dalam tradisi masyarakat Iban dan masyarakat lain pun tak mempersoalkan kesahihannya.Tetapi dalam kes ini, berita ini sah tidak logik dan tidak benar kerana berdasarkan gambar yang diberi, kemungkinan besar ia bukan diambil di kawasan Balleh, sebaliknya di bumi Amazon.
Perlu ditegaskan disini bahawa kesahihan berita ini yang dipersoal (kononnya di Balleh) dan bukannya kesahihan kewujudan nabau.
Nak percaya atau tidak terpulang kpd anda...

ni baru yang betul2 punya. org kenyah sini yg tangkap.alah hubby saya tu ambil gambar je..besar betul ular tu..saya tak berani nak dekat w/pun ular tu dah mati.eeii..eeii..geli tengok...

22 February 2009

ish..ish...

ni nak crita satu alkisah yg amat....entahlah nak cakap memalukan ada juga..geram pun ada..marah pun ada...tapi ini lah hakikat perasaan hamba yang hina ni..ceh..
Nak di jadikan crita..kelmarin (21/02) kami orang celebrate bestday anak kawan saya ni.Birthday yang pertama. So diorang sibuk sgt..ada yang buat kek, ada yang masak & ada yang memanggang..macam2 ada la..tapi saya tak dapat nak tolong sgt coz tengah keja. tolong la apa patut je. kadang2 ade juga saya curi tulang skejap balik rumah tengok diorang buat kuih. belum masuk crita lagi. crita nya start petang tu..saya cakap kat kawan saya tu..saya cakap saya terpaksa balik office lagi..nak sambung keja la. Nak tahu dia jawab apa..dia jawab..hah..balik la..nanti jangan datang lagi..saya ingat dia gurau je so saya jawab balik..yela saya tak kan datang lagi..nanti jgn panggil saya datang...tp bab tu saya tak kisah sgt..yela kami 2 ni biasa gurau2 macam2 ni. tak tahu saya yg dia sindir saya coz saya tak tolong dia sepenuh masa. macam mana nak tolong..saya jugak ade kerja yg perlu di selesaikan. nanti boss nampak saya tak de kat office..tak pasal2 pulak saya kena "bom atom". lepas pulang keja..lepas mandi saya pergi la rumah dia ngan hubby saya. kami 2 sampai org dah banyak sampai..dah habis makan sesetengah mereka. tunggu org lain habis makan saya mainlah anak2 yg comel ade kat situ. Bila dah main ngan budak2 tu saya lupa plak nak makan. Kawan saya tadi jerit panggil nama saya..saya ingat apahal..saya datang..ade ke patut sampai je dekat dia...dimarahnya saya depan org banyak..siap tunjuk jari lagi kat muka saya. saya terkebil-kebil..ye la..apa salah saya sampai dia marah depan orang ramai. dia cakap..eii..macam2 la yang keluar..saya diam je..yela orang ramai..tak kan nak gaduh di khayalak ramai..malu la. so saya diam jugak..saya makan tepi hubby saya..air mata dah tak tertahan..so berderai airmata..dia nampak mata saya merah disindirnya saya lagi..saya tetap diam juga. asal dia tahu saya nangis bukan sebab dia marah saya..tp saya sedih kenapa saya mempunyai sahabat yang macam ni tak tahu malu..dia dah jatuhkan air muka kawan baik dia sendiri di depan org ramai. habis makan saya pegi dapur nak tolong cuci apa yang patut. sekali lagi saya di serang..hah time tu la saya baru ada lawan cakap dia..dia betul2 tak puas ati coz saya tak tolong dia.tak kan dia tak faham lagi..org ade keja..tak macam kawan2 kami yg lain semuanya surirumah..habis je tolong cuci pinggan apa semua saya terus blah..tak tunggu majlis selesai..pulang pun saya dah tak pandang muka dia lagi..tp saya jumpa jugak husband dia..minta diri & maaf...husband dia ok..understanding..
kadang2 terfikir jugak saya siapa dia nak jatuhkan maruah saya depan orang lagi family & hubby saya tak pernah nak marah saya macam tu..tak pe la..tuhan maha adil..sampai skrang saya masih tertanya2 salahkah saya tak tolong & besar sgt kah kesalahan saya tu sampai tak dapat tunggu masa kami berdua je dia nak marah saya..
maybe ni dugaan & pengajaran buat saya..rambut sama hitam tapi hati lain2..
salahkah saya???????chau luk..ish...ish,,ish...sedihnya...

12 February 2009

a-p bestday CPHINE....

selamat hari jadi..
selamat hari jadi..
selamat hari jadi..
selamat hari jadi..
hari ni birthday my sister..happy birthday.moga lalo umur, murah rezeki gem sentiasa bahagia gk dawek hubby gem anik. dei liluk kwak semoga selamat melahirkan cahaya mata ke2. bertambah udei lah "rakyat" Bungan....& bertambah udei cucu2 lo mak..hihi....gaan tao beh ih giliran ko gei bak menamah rakyat..mudah-mudahan..Amen.....

Happy Birthday to u
happy Birthday to u
Happy Birthday to Cphine
Happy Birthday to u...
Muuuuaaaahhhh!!!!!!! ^_^ .. =_=

07 February 2009

Happy Valentine's Day


glitter-graphics.com

glitter-graphics.com

ha..tak lama lagi nak Valentine's Day. Mesti u all macam2 dah planning. Nak sambut ngan siapa,kat mana & present apa nak kasi. Valentine ni la saat2 yg paling di tunggu time school dulu.Best sgt dpt celebrate ngan kawan2. Tp 1 je yg paling sedih time valentine..tak dpt celebrate ngan family..sejak azali lagi mmg belum pernah dpt celebrate ngan family..sekadar dpt telefon & ucap happy valentine je kat family.
Tapi sejak 2 thn ni saya celebrate ngan hubby. Agaknye apa pula suprise dia thn ni..
K la..Happy Valentine kat u all...

glitter-graphics.com

glitter-graphics.com

it's me


glitter-graphics.com


glitter-graphics.comef="http://www.glitter-works.org" target=_blank>glitter-graphics.com,

glitter-graphics.com

04 February 2009

Banjir oh Banjir !!!!!

BANJIR DI KAWASAN SARAWAK




keadaan di RHB Dalat

Banjir Di Bandar Sibu




Banjir..!!!!!! Gak Dalat tigeh jareng angai tapuk. Tp taun ih Dalet di landa tapuk udei. Setao ko Dalet jarang angai tapuk. ih kalik tapuk yg ke2 beh taun 1993 kala dei salak la. kala salak pun kira betul la..he2

>>Akibat hujan lebat selama beberapa hari tanpa henti , limpahan air hujan dari kawasan hulu Sungai Sarawak dan pada masa yang sama air pasang besar dari laut, keadaan banjir di sekitar bandaraya ini bertambah teruk sehingga menyebabkan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal di tebingan sungai terpaksa dipindah ke tempat perpindahan yang telah ditetapkan.

TIPS SAAT2 MENGHADAPI BANJIR
01) Terus Pantau Pengumuman melalui berita dan radio di tempat anda.
02) Siap sedia dengan semua kelengkapan/peralatan darurat yang berpatutan.
03) Matikan semua suiz peralatan elektrik di rumah anda sebelum keluar meninggalkan rumah.
04) Segeralah keluar meninggalkan rumah anda apabila diarah berbuat demikian.
05) Bawalah dokumen-dokumen yang penting bersama anda.
06) Bawalah keluarga anda ke tempat yang selamat dan lebih tinggi atau ke tempat yang telah disediakan.