syurga cinta

luv my pic


Slideshow

31 January 2009

Blog..??

hi u all..nak komen skit la pasal blog . semasa mbuat blog ni saya sentiasa merujuk kpd beberapa blog yg sedia ada. ade..lah satu blog.blog ni..amboi....boleh tahan gak blog ni...boleh blah...mulut macam tak de insurans langsung. sesedap mulut je mengata orang. kalau setakat mengata org maybe tak kisah sgt ni sampai menghina orang. siap panggil orang anjing lagi.
tak baik tau..cermin dulu diri tu baru mengata org. kalau orang panggil kita anjing mestila kita terasa kecik ati yg teramat sgt kan. macam tu jugak la perasaan diorang yg "dia" panggil anjing tu. kalau "orang tu" ade layari blog ni..hope sedar la..jgn sesuka ati je nak hina orang. jgn ingat kita ni bagus sgt. takde manusia dlm dunia ni yg sempurna..belajar la meghormati perasaan orang. ha..tu blog yg "kureng" ni plak blog yg best.
Blog yg satu ni..kalau mak dia baca mmg sejuk perut mak dia. bahasa yg dia guna amat bersopan santun. malah banyak mengingatkan kita kepada kesengsaraan orang lain. kadang2 terharu betul baca blog dia. ni baru pandai menghormati perasaan orang. contohi la dia..
hormat la diri sendiri barulah kita tahu bagaimana nak hormati orang..Ingat kita tidak selalunya berada di atas..kadang2 kita akan terjatuh jua........chau....

29 January 2009

Pokok Pakma atau Rafflesia



Ni la rupa bunga Rafflesia di awal pertumbuhan

Ni pula rupa dia sebelum berkembang..bentuk yg menyerupai sayur kobis
Dan akhirnya ia berkembang..cantik kan..



Pokok Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negeri Sabah di Malaysia.Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain. Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.ha..ha..tp ni bukan dijumpai di kawasan sabah..kami menjumpai bunga di....shh..shh...

20 January 2009

My Family



Ni la sebahagian drpd family saya...

17 January 2009

Oya

Ni kat Pantai Oya..cantik tau. kat sini makanan best2 & yg paling famous kat sini ialah Umai. klau nak rase makan Umai pergi la kat sini..Enak gitu lor... hihihi..

16 January 2009

2nd annivesary

Ni la dia kek 2nd annivesary...alhamdulilah..dah 2 thn


ni gambar kami 2 ngan parent's.. minta berkat....

15 January 2009

wedding picture




apa macam??? sepadan tak?? hihi..ni gambar wedding saya..alhamdulilah skrang dah menjakau 2 thn lebih dah perkahwinan kami..walaupun belum dikurniakan zuriat tp kami bahagia..apa boleh buat belum rezeki lagi. Tunggu je la..mana tahu rezeki 2009

kenangan bersama




ni lah my love hubby..time ni kitaorang celebrate 1st annivesary..tp 2 org je. best sgt2 walaupun hanya 2 org. ye