syurga cinta

luv my pic


Slideshow

17 May 2009

("-") Tahniah HAFIZ **++**

HAFIZ Juara Af 7...Peserta pertama Bumi kenyalang yg begelar JUARA AF...
Inilah reaksi Hafiz ketika di umumkan sebagai JUARA AF...


hi..lambat nak update blog kan...ye lah macam2 problem kalau nak update blog. Tak pe janji skrang dah update kan.
Nak crita psal Final Af7 yg lepas. Tahniah Hafiz. Hafiz mmg pljar yg sgt konsisten setiap minggu. Bagi ape je lagu pasti dia buat yg terbaek punya. 4 example minggu dia nyanyi lagu rap. tak sangka dia dpt buat yg best w/pun ade terlupa lirik tp alhamdulilah dia berjaya. Tp masa konsert final kesemua finalis mcam hilang aura. semua buat persembahan yg boleh dikatakan agak membosankan. Tak tahu apa punca kekurangan konsert ni..tak macam konsert akhir. Biasanya konsert akhir kasi gempak punya. saya rasa ada kesilapan dlm pemilihan lagu. tak di nafikan lagu yg di pilih semua nya tak best. lagu yg di cipta khas utk pelajar hanya lagu Hafiz & lagu Akim yg sedap..yg lain sorry la..mmg tak best...
Ni lah konsert AF7 yg paling tak best & ni lah konsert yg saya tak tengok konsert ulangan setiap hari ahad. berbanding setiap minggu saya mmg suka tengok berulang2 kali sampai my hubby bising sbab asyik tengok siaran ulangan je. Paling suka tengok konsert teater muzikal & minggu ke sembilan. mmg gempak habis...walau apa pun ni la terbest AF selepas AF2...

11 May 2009

**---** .... ^^--^^....i'm yours....**+++**

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Sembahyang lah anda sebelum anda di sembahyangkan..

09 May 2009

**+++** sElAmAt HaRi IbU **+++**

Happy Mother's Day utk semua yang bergelar ibu...expesecially for my mum & my mother in law..semoga sambutan hari ibu tahun ini lebih bermakna dan berbahagia di samping family tercinta. Segala jasa & pengorbanan ibu tak kan dpt di balas walau dengan berjuta2 wang ringgit. Hanya kasih sayang yang dpt di curahkan sebagai tanda berterima kasih di atas jasa ibu.
Ibu lah ratu hati ku...

Hargailah Ibu...jgn sesekali menderhakai ibu.
Syurga terletak di telapak kaki Ibu...

RENUNGKANLAH:

kepada sahabat yg mempunyai IBU..
yg bergelar IBU & yg bakal menjadi IBU
selamat menyambut HARI IBU...

Message to all pretty mothers........
a MUM is a ROSEwhose PETALS are soft.....
a MUM is a LILYwhose STEM is tall & strong.....
a MUM is a person who is NEVER wrong......
a MUM is a person you should LOVE forever.......
trust her, believe her,& never doubt her from MUM to another >>
"HAPPY MOTHER's DAY"

Orang kata aku lahir dari perut mak......(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak lebih sikit bermanja, aku duduk sebelah.....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon.....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku.....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk......mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari........ pasangan ku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"....
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ........
Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... ..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .


**kiriman email dr kwan saya..thx for email***

06 May 2009

Cuba lah utk bersyukur..


Jika anda memancing ikan..

setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah anda mengambil terus ikan itu,

Janganlah sesekali anda lepaskan ia semula

ke dalam air begitu sahaja,

kerana ia akan sakit oleh bisanya

ketajaman mata kail mu dan mungkin

ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah anda memberi

banyak pengharapan kepada seseorang....

setelah dia mula menyayangi mu

hendaklah anda menjaga hatinya...

janganlah sesekali anda terus

meninggalkannya begitu sahaja,

kerana dia akan terluka oleh

kenangan sepanjang bersamamu

dan mungkin tidak dapat melupakan

segalanya selagi dia...

mengingatimu.......

hargai lah dia selagi dia masih ada

anda akan terasa dia telah tiada...


***keperitan rindu yang dirasai...

sewaktu berjauhan dgn kekasih

sebenarnya itulah kemanisan

dalam bercinta ***

Refflesia...

Entah ape la yg di borakan 2 org ni....

empat jejaka malaya yg perasan..
ezam tengah syok sendiri...

hei...lama tak upload blog...bukannya ape..wireles punya hal lah. skrang susah nak dpt line yg clear...baru ari ni dpt masuk..k la..ari tu time cuti kitaorg pegi jengok bunga kebangaan kami sini..alhamdulilah nasib kami baik..ade 1 je yg belum mati...so kitaorg ambil peluang nak ambil gmbr sebagai kenangan...cantik sgt bunga ni....